Monday, July 26, 2010

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 - 21 & 22 JULAI 2010




Program Khas Perjumpaan Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun Enam (UPSR) 2010 berjalan lancar. Program telah diadakan selama dua hari, pada 21 JULAI 2010, Rabu bagi ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 Siddiq dan 6 Amanah telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Pusat Kuala Ibai. Kehadiran ibu bapa amat memuaskan.

Manakala pada hari kedua telah berlangsung pada 22 JULAI 2010, Khamis bertempat di Dewan Besar SK Pusat Kuala Ibai bagi ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 Tabligh, 6 Fatonah, 6 Taqwa dan 6 Soleh.

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan ibu bapa dan penjaga murid yang hadir dan memberi komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah dalam melayani kerenah anak didik kita pada hari ini, ujar Encik Yusof Embong, Guru Besar SK Pusat Kuala Ibai. Kecaknaan dan belaian ksih sayang yang tinggi, insya-Allah akan mendorong dan memberti semangat untuk terus berjaya dalam pembelajaran anak-anak kita, katanya lagi.



Peserta tekun mendengar penjelasan daripada pihak sekolah.
Ingin tahu daripada seorang peserta.

Encik Yusof Embong, Guru Besar SK Pusat Kuala Ibai

Hari kedua, urus setia sedang melayani kaum ibu yang hadir.

Pertanyaan seorang ibu ingin penjelasan daripada pihak sekolah.

Bapa murid Tahun 6 berkongsi pengalaman dengan semua yang hadir.

Kehadiran dan kecaknaan daripada kaum bapa agak kurang memuaskan.

Tuan Haji Mohd Ibrahim, Guru Penolong Kanan 1 bersama Encik Yusof Embong, Guru Besar SK Pusat Kuala Ibai ambil cakna permasalahan daripada ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6.Pendaftaran hari pertama , kehadiran ibu dan bapa diutamakan.

No comments: