Monday, July 26, 2010

PROGRAM PENINGKATAN UPSR - 17 JULAI 2010

Tuan Haji Md. Sidek Bin Besar, Guru Besar SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu sedang menyampaikan ceramah dan motivasi kepada peserta.




Cikgu Mohd Fadhli Bin Osman dari SK Rhu Rendang, Marang, fasilitator mata pelajaran Sains.
Tuan Haji Mohd Bin Ibrahim, Guru Penolong Kanan 1, SK Pusat Kuala Ibai menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Yusnita Binti Mohd Yunus dari SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu.


Cikgu Yusnita Binti Mohd Yunus


Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR 2010 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pusat Kuala Ibai telah berjaya mengadakan di atas pada 17 JULAI 2010, Sabtu yang lalu. Seramai 100 orang murid tahun 6 (UPSR) telah terpilih mengikutinya yang telah diadakan di SUMAI Hotel & Apartment, Kuala Terengganu.

Menurut Guru Penyelaras Program, Cikgu Mohamad Nooh Bin Jusoh selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tersebut, pengisian program 'Masih Ada Yang Cakna' selama satu hari dilengkapkan dengan teknik menjawab mata pelajaran Bahasa Inggeris oleh Cikgu Yusnita Binti Mohd Yunus dari SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. Pengisian slot kedua oleh Cikgu Mohd Fadhli Bin Osman dari SK Rhu Rendang, Marang bagi teknik menjawab mata pelajaran Sains. Semua peserta diberi pendedahan dan teknik menjawab dengan betul sepertimana yang diperlukan peserta sebagai persediaan awal menjelang UPSR yang sebenar nanti.

Bagi mempertingkatkan semangat untuk terus berusaha dan benteng menghadapi cabaran dan halangan dalam mengharungi kehidupan sebagai nurid dan calon UPSR tahun ini, Tuan Haji Md. Sidek Bin Besar, Guru Besar SK Padang Hiliran, KUala Terengganu telah dijemput khas bagi memotivasikan dan memantapkan modal insan sebagai bekalan kepada semua peserta menjelang hari-hari terakhir sebelum menduduki peperiksaan UPSR nanti.


No comments: